JERAYAWARA PENDIGITALAN JBALB 2026 SIRI KEDUA MEMPERKASA TRANSFORMASI DIGITAL JBALB SARAWAK
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah menganjurkan Jerayawara Pendigitalan JBALB 2026 Siri 2/2026 selama dua hari, bermula 28 hingga 29 Julai 2026, sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh kefahaman serta meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaan sistem digital dalam kalangan warga kerja jabatan.
Program yang berlangsung di RH Hotel Sibu ini melibatkan peserta yang terdiri daripada kakitangan JBALB Bahagian Betong, Sibu, Sarikei dan Kapit bagi mendalami pelbagai inisiatif pendigitalan yang sedang dilaksanakan oleh jabatan ke arah memperkasakan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
Pada hari pertama, peserta telah diberikan penerangan menyeluruh mengenai landskap pendigitalan Kerajaan Sarawak menerusi sesi JBALB Digitalization Overview yang disampaikan oleh Encik Mellvyn Mitchell Nathan selaku Ketua Penolong Pengarah (Transformasi Digital). Program diteruskan dengan taklimat berkaitan aplikasi Sarawak Pass, Service Sarawak, sistem CACTUS serta platform D-SIGN yang telah disampaikan oleh Cik Dimple Durin selaku Penolong Pengarah (Transformasi Digital). Sesi soal jawab yang diadakan turut memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan serta penggunaan sistem-sistem digital tersebut.
Hari kedua pula memberi tumpuan kepada Water Production Online Reporting and Monitoring System (WaPRO) dan Sarawak Water Utility Services System (SWUSS) yang telah disampaikan oleh Encik Tie Ngie Poh (Pegawai Tadbir IT - Transformasi Digital), iaitu antara platform utama dalam pengurusan operasi bekalan air. Melalui sesi latihan dan perkongsian pengalaman penggunaan sistem, peserta berjaya meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan kompetensi digital bagi menyokong pelaksanaan tugasan harian dengan lebih efektif.
Penganjuran jerayawara ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan transformasi digital sektor awam, di samping mencerminkan komitmen berterusan JBALB dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh tadbir urus dan seterusnya menyampaikan perkhidmatan bekalan air yang lebih berkualiti kepada rakyat.
JBALB akan terus melaksanakan program seumpama ini di bahagian-bahagian lain di seluruh Sarawak bagi memastikan seluruh warga kerja sentiasa bersedia, berpengetahuan dan kompeten dalam mendepani cabaran era digital. Inisiatif ini juga menyokong hasrat Kerajaan Sarawak untuk merealisasikan pendigitalan perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh menjelang tahun 2030.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak is a department under the purview of Ministry of Utility & Telecommunication Sarawak (formerly known as Ministry of Utilities and Ministry of Public Utilities). JBALB was enforced on 1 August 2015 and started to operate fully on 19 April 2016. JBALB Sarawak is entrusted with the responsibilities of taking over Jabatan Kerja Raya (JKR) in managing and improving water supply system especially in suburban and rural areas of Sarawak to resolve water supply issues in those areas.
The establishment of JBALB Sarawak as a new agency under the Sarawak Government is a significant move in achieving the department’s vision of full water supply coverage in rural areas of Sarawak by 2030 and the mission of the department is to supply safe reliable water supply to people living in rural areas of Sarawak. READ MORE
Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Sistem Grid Air kini sedang giat dijalankan dalam usaha Kerajaan Sarawak membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh penduduk wilayah ini.
Pelan Induk Bekalan Air Dan Grid Air Sarawak menggariskan perancangan yang holistik bagi meluaskan liputan serta keterjaminan bekalan air di Sarawak untuk jangka masa panjang.