News

 

Seminar Psikologi : Membangkit Prestasi Diri

Posted on 16 Nov 2023
Source of News: JBALB HQ
Seminar Psikologi : Membangkit Prestasi Diri anjuran Cawangan Sumber Manusia JBALB telah diadakan pada 16 November 2023 (Khamis) bertempat di Hilton Hotel Kuching yang telah dihadiri oleh seramai lebih daripada 90 peserta daripada kakitangan Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian-bahagian.



Objektif utama kepada peserta dalam menyertai seminar psikologi tersebut adalah untuk memberi pengetahuan mengenai konsep kehidupan, memberi pemahaman tentang konsep resiliensi serta cabaran merealisasikannya, membimbing peserta untuk mengamalkan positif psikologi di tempat kerja; dan memantapkan motivasi diri agar mengenali potensi diri untuk menjadi
cemerlang.



Setinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya sekali kepada penceramah Profesor Dr Huzili Hussin, Profesor Psikologi Kaunseling (Fakulti Perniagaan dan Komunikasi - Universiti Malaysia Perlis) dalam menjayakan kursus tersebut.