picture

News

 

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA 2023 DI KEDAH DARUL AMAN

Posted on 25 Aug 2023
Source of News: RUWAS
SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA 2023 DI KEDAH DARUL AMAN
Sukan Bekalan Air Se-Malaysia atau ringkasnya SBAM adalah sukan untuk semua operator air di seluruh Malaysia serta syarikat yang berkaitan dengan air seperti IWK dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SBAM ini dianjurkan secara dwi-tahunan dan dianjurkan bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia (NRECC).
Pada tahun ini, Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah dipilih menjadi tuan rumah kepada temasya sukan.

Kontinjen Sarawak yang merangkumi atlit-atlit dari JBALB Sarawak, KWB, SWB dan LAKU Management Sdn Bhd turut bersama menyertai SBAM 2023 bermula pada 23hb-28hb Ogos 2023. Encik Aaron Gorino telah dipilih sebagai ketua kontinjen Sarawak.

Sebagai simbolik penyertaan JBALB Sarawak ke temasya kali ini, Ir Chang Kuet Shian, Pengarah JBALB Sarawak telah menyerahkan bendera Sarawak kepada Encik Mohd Afzal selaku ketua penyelaras kontinjen JBALB.