picture

Event

 

Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Loji Rawatan Air Slabi, Bahagian Serian

20 Jul 2023 - 20 Jul 2023, Loji Rawatan Air Slabi, Serian
JBALB Serian
Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Loji Rawatan Air Slabi, Bahagian Serian telah diadakan pada pagi tadi 20 Julai 2023.
Taklimat berkenaan dengan pengoperasian sistem bekalan air telah disampaikan oleh Cik Qairuniza Roslan yang juga Jurutera Air Bahagian JBALB Serian bersama Ir Chang Kuet Shian, Pengarah JBALB. Loji tersebut mempunyai kapasiti 110 MLD@Juta Liter Sehari, setakat ini beroperasi untuk menghasil air terawat 70 MLD@Juta Litre Sehari selain membekal juga air ke kawasan Gedong dan Simunjan.
Turut hadir bersama lawatan kerja tersebut adalah Dato' Sri Richard Riot anak Jaem, Ahli Parlimen P199 Serian; YB Datuk Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; YB Martin Ben, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak; YB Datuk Willie anak Mongin, Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo; YB Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi); YB John anak Ilus, ADUN N23 Bukit Semuja; YB Dr Simon Sinang Bada, ADUN N21 Tebedu; pegawai Residen Bahagian Serian; ketua-ketua kaum masyarakat; serta kakitangan JBALB, kementerian dan agensi utiliti yang lain.