KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN) PULAU PINANG KE JBALB SARAWAK (AGENSI ANGKAT) SEMPENA SUKAN MALAYSIA XXI SARAWAK 2024
Pada 1 Mac 2024 , JBALB Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang ke Ibu Pejabat JBALB.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Ts. Puan Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal) yang mewakili Tuan Pengarah JBALB.
Sukacita dimaklumkan bahawa JBALB Sarawak telah dipilih sebagai agensi dan jabatan bapa angkat bagi penganjuran Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 yang akan diadakan pada 17 hingga
24 Ogos 2024.