picture

News

 

MAKMAL KAJIAN NILAI (MAKMAL VA)- PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) KAWASAN LONG LAMA, BAHAGIAN MIRI

Posted on 24 Jan 2024
Source of News: JBALB , KKDW
Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak sempat meluangkan masa ketika berada di Bahagian Miri bagi urusan rasmi beliau pada 24 Januari 2024 dengan menghadiri seketika Makmal Kajian Nilai (Makmal VA)-Projek Bekalan Air Long Lama, Bahagian Miri.



Makmal yang bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) sehingga 26 Januari 2024 (Jumaat) telah diadakan di Hotel Meritz Miri. Ia dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JBALB Sarawak, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta agensi-agensi berkaitan.