KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI
Pihak Kerajaan amat memandang serius aktiviti vandalisme dan kecurian yang sering berlaku kepada aset-aset milik Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak termasuk JBALB.
Kerosakan atau kehilangan yang berlaku boleh menjejaskan sistem bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di kawasan-kawasan anda.
Justeru itu, kami memohon kerjasama semua untuk menghubungi JBALB Call Centre di talian 082-262211 atau membuat laporan kepada pihak polis sekiranya melihat sebarang aktiviti yang meragukan dan mencurigakan.