picture

Event

 

JBALB Media Engagement 2.0

12 Apr 2023 - 12 Apr 2023, Borneo Convention Centre Kuching
JBALB CCD
Sesi JBALB Media Engagement 2.0 anjuran Cawangan Komunikasi Korporat & Pendigitalan telah diadakan pada 12 April 2023 (Rabu) bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching yang dirasmikan oleh Encik Anwarul Adzizi bin Adeni, Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat dan Pendigitalan.
Objektif utama program sesi ini adalah bagi meraikan para media yang telah memberi kerjasama dalam membuat liputan program anjuran JBALB dan juga sebagai tanda penghargaan pihak jabatan kepada media yang telah memberi publisiti untuk kedua belah pihak saling mengenali dan beramah mesra.
Sebelum sesi berbuka puasa, Takzirah Ramadhan telah disampaikan oleh Al-fadil Ustaz Muiz bersama para media yang beragama Islam.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah rakan-rakan media agensi tempatan di seluruh negeri Sarawak.