Majlis Iftar Ramadhan 1444H/2023M
06 Apr 2023 - 06 Apr 2023,
Borneo Convention Centre Kuching
JBALB HQ
Majlis Iftar Ramadhan 1444H/2023M telah diadakan pada 06 April 2023 bertempat di Borneo Convention Centre (BCCK), Kuching. Majlis ini turut diraikan bersama YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Sebelum sesi berbuka puasa, Takzirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ehsan bersama kakitangan JBALB yang beragama Islam
Turut hadir dalam majlis iftar tersebut adalah YB Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti)), Encik Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Ir Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB Sarawak), Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB, serta kakitangan-kakitangan Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.