picture

News

 

LAWATAN KERJA DAN SESI LIBAT URUS PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA WARGA KERJA JBALB BAHAGIAN SRI AMAN

Posted on 03 Feb 2024
Source of News: JBALB HQ
LAWATAN KERJA DAN SESI LIBAT URUS PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA WARGA KERJA JBALB BAHAGIAN SRI AMAN



Yang Berusaha Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Pejabat JBALB Bahagian Sri Aman serta Loji Rawatan Air Bayai pada 03 Februari 2024. 

Kehadiran beliau telah disambut oleh Puan Mimfa anak Ong, Jurutera Air Bahagian Sri Aman serta seluruh warga kerja JBALB Bahagian Sri Aman.



Ini merupakan sesi libat urus keenam oleh Tuan Pengarah bersama pejabat JBALB Bahagian semenjak diamanahkan untuk menerajui JBALB Sarawak bagi beliau mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh warga kerja JBALB Bahagian.

Di samping menerangkan hala tuju beliau di dalam memimpin JBALB Sarawak, sesi sebegini merupakan platform terbaik untuk beliau mengenali dengan lebih rapat warga kerja di setiap bahagian.