picture

Event

 

PERASMIAN LOJI RAWATAN AIR TANJUNG MANIS

17 Feb 2024 - 17 Feb 2024, Loji Rawatan Air Tanjung Manis
JBALB MUT SWB
PERASMIAN LOJI RAWATAN AIR TANJUNG MANIS

Majlis perasmian Loji Rawatan Air Tanjung Manis oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah diadakan pada 17hb Februari 2024 (Sabtu).

Loji Rawatan Air ini adalah diselenggara oleh pihak Lembaga Air Sibu, namun demikian bekalan air terawat ini disalurkan kepada pihak JBALB sebelum dibekalkan kepada para pengguna di kawasan-kawasan di bawah kendalian pihak JBALB Sarikei dan Mukah. Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak turut bersama hadir dalam majlis berkenaan. Kehadiran Tuan Pengarah amat penting terutama sekali ketika sesi taklimat bersama YAB Premier.

YB Dato Sri Haji Julaihi Bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.