picture

News

 

Majlis Perasmian Hari Psikologi & Kaunseling 2023: Sihat Minda, Sihat Fizikal, Sihat Sosial JBALB Sarawak

Posted on 29 Oct 2023
Source of News: JBALB HRD
Majlis Perasmian Hari Psikologi & Kaunseling 2023: Sihat Minda, Sihat Fizikal, Sihat Sosial JBALB Sarawak anjuran Cawangan Sumber Manusia telah diadakan pada 26 Oktober 2023 (Khamis) bertempat di Imperial Hotel, Kuching yang dirasmikan oleh Ir Chang Kuet Shian, Pengarah JBALB Sarawak. Turut hadir dalam program tersebut adalah kakitangan daripada Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian-Bahagian.


Objektif penganjuran program tersebut adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam yang seimbang dari segi psikologi terutama dalam aspek kesihatan emosi dan mental.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah, moderator serta jurulatih daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Sarawak (UPPSM), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak, Politeknik Kuching, dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam menjayakan program tersebut.