100 hari menjelang
@sukma_sarawak_2024 , JBALB telah diamanahkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menjadi bapa/keluarga angkat kepada kontinjen Pulau Pinang.
YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merangkap Chief De Mission Kontinjen Pulau Pinang telah menyerahkan watikah kepada Tuan Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak selaku Bapa Angkat Kontinjen Pulau Pinang pada satu Majlis Countdown 100 hari yang berlangsung di Atrium Tingkat 5, The Top Komtar.
Majlis yang diadakan pada 9 Mei 2024 ini turut dihadiri oleh Ts. Ahmad Selihin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) dan Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat).