picture

Event

 

LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK BEKALAN AIR ASAJAYA, BAHAGIAN SAMARAHAN

26 Jan 2024 - 26 Jan 2024, Stesen Pam Penggalak Tambirat, Asajaya
JBALB Samarahan, MUT
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tangki Aras Tinggi dan Stesen Pam Penggalak Tambirat, Asajaya pada 26 Januari 2024 (Jumaat).

Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau situasi terkini pengoperasian sistem bekalan air yang telah ditambahbaik melalui pelaksanaan projek tersebut serta mengadakan sesi maklum balas bersama penduduk daerah Asajaya dan Sadong Jaya.

Penambahbaikan infrastruktur dan sistem bekalan air di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya dibuktikan dengan pelaksanaan Projek Rakyat Pakej 2A yang bernilai sekitar RM185 Juta.
Projek yang sudah siap sepenuhnya ini dirancang rapi oleh Kerajaan Sarawak melalui pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan berkenaan di samping untuk menambahbaik sistem bekalan air agar para penduduk di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Skop projek ini merangkumi kerja-kerja berikut:

1. Pembinaan Tangki Aras Tinggi di Tambirat, Moyan Laut, Asajaya, Sadong Jaya, Semera dan Sg. Buloh
2. Pembinaan Stesen Pam Penggalak di Tambirat, Asajaya dan Sg.Buloh
3. Pemasangan saluran paip baharu sepanjang 42.2KM
Projek yang telah beroperasi dengan sepenuhnya ini telah menambahbaik sistem bekalan air di kawasan-kawasan yang kerapkali mengalami kekurangan bekalan air dan tekanan air rendah pada waktu puncak di kawasan sekitar Daerah Asajaya dan Sadong Jaya sekaligus memberi signifikan impak kepada lebih kurang 83,500 penduduk di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan.

Turut serta dalam lawatan kerja rasmi tersebut ialah Encik George Lee (Pengarah Bekalan Air (MUT), Encik Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak, Encik Adzahari Baini (Jurutera Air JBALB Bahagian Samarahan) dan wakil-wakil daripada pejabat Residen Bahagian Samarahan dan Pejabat Daerah Asajaya