picture

Event

 

Lawatan Kerja YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Bahagian Bintulu

24 Oct 2023 - 24 Oct 2023, Projek Pembinaan Tangki Aras Tinggi Samarakan dan Projek Pemasangan Saluran Paip dari Jambatan Kemena ke Persimpangan Institut Kemahiran Mara, Bintulu
JBALB Bintulu
Lawatan Kerja YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Bahagian Bintulu yang telah diadakan pada 24 Oktober 2023 bertempat di Projek Pembinaan Tangki Aras Tinggi Samarakan dan Projek Pemasangan Saluran Paip dari Jambatan Kemena ke Persimpangan Institut Kemahiran Mara, Bintulu.

Taklimat berkenaan dengan projek-projek tersebut kepada YB Menteri telah disampaikan oleh Encik Tie Tung Ing yang juga Pengurus Wilayah Utara JBALB.

Turut hadir bersama lawatan kerja tersebut adalah Encik Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JBALB; Encik Lai Kien Hong, Jurutera Air Bahagian Bintulu; Encik George Lee Chun Lung, Pengarah Bekalan Air Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT); Encik Syed Mohamad Fauzi Shahab, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak; Ts. Daniel Punang, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn Bhd, serta rombongan dan kakitangan JBALB, MUT, LAKU.