picture

Event

 

LAWATAN KERJA DAN SESI LIBAT URUS PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA WARGA KERJA JBALB BAHAGIAN MUKAH

27 Jan 2024 - 27 Jan 2024, JBALB Mukah
JBALB Mukah
Yang Berusaha Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke JBALB Bahagian Mukah pada 27 Januari 2024.
Turut hadir bersama beliau ialah Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) dan beberapa pegawai dari Ibu Pejabat JBALB.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Encik Abang Ismail bin Abang Selim, Jurutera Air Bahagian Mukah serta seluruh warga kerja JBALB Bahagian Mukah.

Ini merupakan sesi libat urus kelima oleh Tuan Pengarah bersama pejabat JBALB Bahagian semenjak diamanahkan untuk menerajui JBALB Sarawak bagi beliau mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh warga kerja JBALB Bahagian.

Di samping menerangkan hala tuju beliau di dalam memimpin JBALB Sarawak, sesi sebegini merupakan platform terbaik untuk beliau mengenali dengan lebih rapat warga kerja di setiap bahagian.