picture

Event

 

LAWATAN KERJA DAN SESI LIBAT URUS PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA WARGA KERJA JBALB BAHAGIAN MIRI

24 Jan 2024 - 24 Jan 2024, JBALB Miri
JBALB Miri

Yang Berusaha Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Pejabat JBALB Bahagian Miri pada 24 Januari 2024. Turut hadir bersama beliau ialah Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi).

Kehadiran beliau telah disambut oleh Encik Fadil bin Kawi, Jurutera Air Bahagian Miri serta seluruh warga kerja JBALB Bahagian Miri.

Ini merupakan sesi libat urus ke-empat oleh Tuan Pengarah bersama pejabat JBALB Bahagian semenjak diamanahkan untuk menerajui JBALB Sarawak bagi beliau mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh warga kerja JBALB Bahagian.

Di samping menerangkan hala tuju beliau di dalam memimpin JBALB Sarawak, sesi sebegini merupakan platform terbaik untuk beliau mengenali dengan lebih rapat warga kerja di setiap bahagian.