picture

News

 

Kunjungan Hormat daripada pihak Pengurusan FELCRA Berhad

Posted on 23 Dec 2022
Source of News: JBALB ASET

Kunjungan Hormat daripada pihak Pengurusan FELCRA Berhad anjuran Cawangan Aset ke JBALB Sarawak pada pagi tadi 23 Disember 2022 bertempat di Ibu Pejabat JBALB Sarawak. 

Taklimat berkenaan dengan sistem sumber bekalan air telah disampaikan oleh Puan Oon Yin Wee dan Puan Intan Nurhafizah Fazriana, Jurutera Awam (Seksyen Sumber Air dan Persekitaran JBALB).

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah Ir. Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB Sarawak), Encik Ahmad Selihin Bin Che Said (Timbalan Pengarah Operasi JBALB), Puan Zait Aima Yuinzy (Ketua Penolong Pengarah Aset JBALB), dan pegawai-pegawai FELCRA Berhad.