picture

Event

 

BENGKEL KAJIAN SEMULA MANUAL OPERASI BAHAGIAN JBALB 2024

03 Apr 2024 - 05 Apr 2024, RH Hotel Sibu
JBALB HQ
BENGKEL KAJIAN SEMULA MANUAL OPERASI BAHAGIAN JBALB 2024

Bengkel Kajian Semula Manual Operasi Bahagian JBALB 2024 telah diadakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 April 2024 bertempat di RH Hotel, Sibu.  

Kajian semula Manual Operasi Bahagian JBALB ini amat penting untuk menilai serta menambah baik pelan sedia ada agar selari dengan perkembangan dan hala tuju dalam mencapai visi dan misi JBALB Sarawak. 

Bengkel selama tiga hari turut dihadiri oleh Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi), Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti), Puan Gracie Chong (Ketua Penolong Pengarah - Inovasi), serta Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB dan kakitangan Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.