News

 

Program Sembang Integriti

Posted on 29 Jun 2023
Source of News: JBALB HQ Integriti
Sekitar taklimat Program Sembang Integriti: Rasuah Penghancur Kerjaya anjuran Unit Integriti dan Disiplin telah diadakan pada pagi tadi 26 Jun 2023 bertempat di Imperial Hotel Kuching.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Mohd Hisyamuddin bin Mustafa Harruddin, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir bersama taklimat tersebut ialah Ir. Chang Kuet Shian, Pengarah JBALB ; Encik Thomas Lucas Santang, Timbalan Pengarah (Teknikal) ; Encik Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) ; Puan Julina Ho, Timbalan Pengarah (Pengurusan) ; pengurusan tertinggi Ibu Pejabat JBALB, Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB, serta kakitangan dari Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.