picture

Event

 

Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Bahagian Sarikei

14 Jun 2023 - 14 Jun 2023, Pejabat Residen Sarikei
JBALB Sarikei, MUT
Sekitar Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Bahagian Sarikei pada 14 Jun 2023 bertempat di Pejabat Residen Sarikei.
Taklimat berkenaan dengan status projek terkini serta penambahbaikan infrastruktur sistem bekalan air di kawasan tersebut terutamanya sekali Engkamop, Pakan dan KJD Meradong telah disampaikan oleh Ir Chang Kuet Shian, Pengarah JBALB Sarawak.
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut adalah YB Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN N47 Pakan; YB Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi); YB Datuk Abdullah bin Haji Saidol, ADUN N42 Semop; YB Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN N46 Meradong; YB Encik Rolland Duat anak Jubin, ADUN N48 Meluan; Encik Badjuri Bidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei; Encik Chieng Ghin Wei, Jurutera Air Bahagian Sarikei; dan pegawai-pegawai serta ketua-ketua kaum/masyarakat setempat.