picture

Event

 

Program Anti-Vandalisme di Sekolah Menengah Terpilih Sarawak Siri 2/2023

09 Aug 2023 - 09 Aug 2023, SMK Sematan
MUT JBALB SEB SDEC
Program Anti-Vandalisme di Sekolah Menengah Terpilih Sarawak Siri 2/2023 anjuran bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Sarawak Energy Berhad (SEB), dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan pada 09 Ogos 2023.
Program yang disertai oleh lebih 270 pelajar dari tingkatan 4 ke 5 bertujuan untuk memberi kesedaran tentang risiko vandalisme dan hukuman bagi perbuatan vandalisme. Program ini juga penting untuk memastikan orang ramai dapat memastikan keadaan utiliti dalam keadaan baik.
Menerusi program tersebut, pelbagai aktiviti telah dikendalikan seperti taklimat mencegah vandalisme serta aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh setiap agensi berkenaan.