picture

News

 

Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik JBALB Sarawak

Posted on 05 Sep 2023
Source of News: JBALB HQ
Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik JBALB Sarawak anjuran Cawangan Pengurusan Kualiti telah diadakan selama 2 hari bermula dari 04 hingga 05 September 2023 bertempat di Grand Margherita Hotel, Kuching yang telah dihadiri oleh kakitangan Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian-bahagian seramai 40 peserta.


Setinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya sekali kepada penceramah Encik Bruce Kini Jesse, Timbalan Pengarah selaku ketua perunding; serta dua (2) fasilitator, Puan Rozieyana binti Rais, Ketua Penolong Pengarah dan Puan Vicki Christine anak Vincent Ahang, Penolong Pengarah Kanan dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sarawak dalam menjayakan bengkel tersebut.