picture

News

Lawatan Kerja YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak) ke Projek Bekalan Air Daerah Daro, Bahagian Mukah

Posted on 26 Oct 2022
Source of News: JBALB Mukah

YB Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke beberapa projek bekalan air di Daerah Daro, Bahagian Mukah pada 22 Oktober 2022.
Sebelum itu, beliau telah diberikan taklimat oleh Encik Robert Heng, Penolong Pengurus Wilayah Tengah di Pejabat Daerah Daro. Turut bersama-sama dalam taklimat ini ialah ketua-ketua kaum dan masyarakat. Kehadiran mereka adalah penting bagi pihak JBALB menerangkan serta menjelaskan berkenaan beberapa isu bekalan air yang dibangkitkan.
YB Menteri serta rombongan seterusnya membuat lawatan tapak ke Projek Tangki Aras Tinggi Panchor, dan Badong dan seterusnya melawat projek di Loji Rawatan Air Daro.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Liwan Lagang (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), YB Encik Safiee Bin Ahmad (ADUN N43 Daro), Ir. Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB Sarawak), Tuan Shafrie Bin Saili (Timbalan Residen Bahagian Mukah), Tuan Bujang Rahman (Pegawai Daerah Daro), Pegawai-pegawai MUT serta ketua-ketua jabatan.