picture

News

 

Program Anti-Vandalisme di Sekolah Menengah Terpilih Sarawak Siri 3/2023

Posted on 07 Nov 2023
Source of News: JBALB MUT SDEC
Program Anti-Vandalisme di Sekolah Menengah Terpilih Sarawak Siri 3/2023 anjuran bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka, Sibu pada 06 November 2023 (Isnin).




Program yang disertai oleh 206 pelajar dari tingkatan 4 ke 5 bertujuan untuk memberi kesedaran tentang risiko vandalisme dan hukuman bagi perbuatan vandalisme. Program ini juga penting untuk memastikan orang ramai dapat memastikan keadaan utiliti dalam keadaan baik.
Menerusi program tersebut, pelbagai aktiviti telah dikendalikan seperti taklimat mencegah vandalisme serta aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh setiap agensi berkenaan.