picture

Event

 

'EXIT CONFERENCE' PENGAUDITAN TERHADAP PROJEK ELECTRO-CHLORINATION SYSTEM (EC) DI LOJI RAWATAN AIR SUAI

13 Mar 2024 - 13 Mar 2024, Unit Audit Dalam Jabatan Premier Sarawak
Unit Audit Dalam Jabatan Premier Sarawak
'EXIT CONFERENCE' PENGAUDITAN TERHADAP PROJEK ELECTRO-CHLORINATION SYSTEM (EC) DI LOJI RAWATAN AIR SUAI

Mesyuarat berkenaan 'Exit Conference' bagi Pengauditan Terhadap Projek Electro-Chlorination System (EC) Loji Rawatan Air Suai telah diadakan pada 13 Mac 2024 bertempat di Pejabat Unit Audit Dalam, Jabatan Premier Sarawak.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Toieyah binti Haji Toh selaku Pengarah Unit Audit Dalam Jabatan Premier Sarawak bersama pasukan audit Unit Audit Dalam.

Turut hadir bersama adalah Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak, Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah Operasi), Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti), Ir Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), Ir. George Lee Chun Lung (Pengarah Bekalan Air Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Encik Lau Jing Teck (Penolong Jurutera Air Bahagian JBALB Miri), serta wakil kakitangan Unit Audit Dalam.

Secara keseluruhannya, pihak Unit Audit Dalam berpendapat Projek Electro-Chlorination di Loji Rawatan Air Suai adalah dalam keadaan baik dan pihak JBALB merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.