picture

Event

 

Majlis Sambutan Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1445H/2023H

28 Sep 2023 - 28 Sep 2023, Padang Merdeka Kuching
JBALB Kuching
JBALB Sarawak telah bersama-sama menyertai kemeriahan lebih 10,000 orang dan sebanyak 247 pasukan berkumpul di Padang Merdeka Kuching pada 28hb September 2023 (Khamis) bagi menyambut Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak.

Dengan tema ‘Sarawak Makmur Ummah Sejahtera’, sambutan pada kali ini juga diadakan bagi meraikan 60 Tahun Sarawak Merdeka turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, YAB Premier Sarawak serta pembesar-pembesar negeri.

Sepanduk JBALB yang mengambil inspirasi Lori Tangki JBALB adalah manifestasi komitmen pihak kami untuk terus membekalkan air bersih kepada seluruh penduduk bumi kenyalang.

Encik Ahmad Selihin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) telah mengetuai perarakan bagi JBALB Sarawak.