picture

News

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) JBALB Sarawak Bil. 2/2022

Posted on 28 Oct 2022
Source of News: JBALB JKPAK

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) JBALB Sarawak Bil. 2/2022 telah diadakan pada 27 Oktober 2022 bertempat di JBALB Miri. Agenda mesyuarat adalah bagi merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek pengurusan aset, kedudukan aset alih, laporan pemeriksaan aset alih, laporan tindakan pelupusan, laporan tindakan surcaj/tatatertib, laporan berkaitan tatacara pengurusan stor kerajaan, laporan pemeriksaan stor-stor JBALB dan masalah-masalah lain berkaitan dengan pengurusan aset/stor/bangunan. 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) merangkap Pengerusi JKPAK, Encik Ahmad Selihin Bin Che Said dan turut dihadiri oleh Setiausaha JKPAK, Puan Zait Aima Yuinzy Binti Yacub, ahli-ahli JKPAK, Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pemeriksa, CIO, ACIO, MIR Officer dan pegawai-pegawai yang terlibat dengan pengurusan aset dan stor di Jabatan.