picture

Event

 

SESI AUDIT SCS SCORECARD PENTADBIRAN AWAM SARAWAK TAHUN 2023

19 Feb 2024 - 19 Feb 2024, JBALB HQ
JBALB HQ
SESI AUDIT SCS SCORECARD PENTADBIRAN AWAM SARAWAK TAHUN 2023

Sesi Audit SCS Scorecard Pentadbiran Awam Sarawak Tahun 2023 terhadap pelaksanaan JBALB Balanced Scorecard BSC telah diadakan pada 19 Februari 2024 bertempat di Ibu Pejabat JBALB Sarawak yang telah diaudit oleh Encik Abang Abdul Rahman bin Salihin dan Puan Lorritta anak Jalan.

Objektif auditan diadakan adalah untuk memastikan arahan Pentadbiran yang ditetapkan dalam Struktur Tadbir Urus Scorecard (SC) adalah dipatuhi supaya inisiatif SC dilaksanakan dengan jayanya; dan maklumat yang disediakan untuk menyokong pencapaian Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagai "Key Performance Indicator (KPI)" masing-masing adalah betul dan sempurna.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. Diharap tahun 2024 kita dapat pertingkatkan lagi dan menambahbaik Scorecard jabatan yang lengkap dan cemerlang.

Turut hadir bersama sesi tersebut adalah Ir Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB selaku Scorecard Champion, Puan Julina Ho, Timbalan Pengarah (Pengurusan) selaku Deputy Scorecard Champion; serta wakil kakitangan JBALB sebagai 'Strategic Owner', 'KPI Owner, dan 'Scorecard Secretariat'.