picture

Event

 

Majlis Penutupan "Workshop on the Implementation Plan for the Proposed Water Supply Projects under Post-Covid Development Strategy (PCDS 2030)"

11 Jul 2023 - 13 Jul 2023, Borneo Convention Centre Kuching
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
Sekitar Majlis Penutupan "Workshop on the Implementation Plan for the Proposed Water Supply Projects under Post-Covid Development Strategy (PCDS 2030)" (Bengkel Pelan Pelaksanaan Cadangan Projek Bekalan Air di Bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid 2030) yang telah disempurnakan oleh Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 13 Julai 2023 (Khamis) bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Bengkel tersebut yang telah diadakan selama 3 hari bermula dari 11 hingga 13 Julai 2023 membincangkan perancangan cadangan projek bekalan air adalah ditambahbaik di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid 2030. Bengkel tersebut adalah sangat signifikan sebagai wadah bagi para peserta untuk mengenalpasti segala pelan perancangan yang diperlukan dalam melaksanakan program dan projek bekalan air serta penambahbaikan kepada segala kaedah dan proses kerja yang melibatkan kelulusan projek oleh pihak Kerajaan.
Selain itu, ia juga menjadi platform kepada pihak kementerian serta agensi-agensi bekalan air untuk memperkemaskan dan memperkasakan strategi pelaksanaan projek yang lebih berkesan dalam mencapai visi seratus peratus (100%) liputan bekalan air bersih dan terawat ke seluruh Negeri Sarawak menjelang tahun 2030 seperti yang termaktub di dalam agenda Strategi Pembangunan Pasca-Covid 2030.
Bengkel yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ini dihadiri oleh warga kerja daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Lembaga Air Kuching (LAK), Lembaga Air Sibu (LAS), LAKU Management Sdn. Bhd serta rakan strategik pihak kementerian iaitu daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (EPU), Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sungai Sarawak, dan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri.