picture

Event

 

KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI KHIDMAT NASIHAT OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA SARAWAK KE JBALB SARAWAK

11 Mar 2024 - 11 Mar 2024, JBALB HQ
JBALB HQ
KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI KHIDMAT NASIHAT OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA SARAWAK KE JBALB SARAWAK

Sesi Khidmat Nasihat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak telah diadakan pada 11 Mac 2024 bertempat di Ibu Pejabat JBALB.

Ketibaan rombongan pihak SPRM Sarawak disambut oleh Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Tuan Pengarah JBALB bersama barisan Pengurusan Tertinggi JBALB Sarawak.

Talkimat berkenaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Zaki Hassan, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak. 

Tujuan sesi khidmat nasihat diadakan adalah untuk membentangkan hasil pemeriksaan dan mengemukakan syor penambahbaikan bagi mengurangkan risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan.

Selepas selesai sesi khidmat nasihat tersebut, rombongan SPRM telah dibawa melawat ke JBALB Command Centre untuk melihat pemantauan sistem pendigitalan bekalan air di seluruh Sarawak dan diberikan taklimat oleh Encik Anwarul Adzizi bin Adeni, Ketua Penolong Pengarah (Transformasi Digital).