picture

News

 

LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE PEJABAT JBALB BAHAGIAN SERIAN

Posted on 05 Jan 2024
Source of News: JBALB HQ

Yang Berusaha Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Pejabat JBALB Bahagian Serian pada 05 Januari 2024. Turut hadir bersama beliau ialah Ts. Ahmad Selihin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi).


Kehadiran beliau telah disambut oleh Cik Qairuniza binti Roslan, Jurutera Air Bahagian Serian, serta seluruh warga kerja JBALB Bahagian Serian.
Ini merupakan sesi randau kedua oleh Tuan Pengarah bersama pejabat JBALB Bahagian bagi mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh warga kerja JBALB Bahagian.
Di samping menerangkan hala tuju beliau di dalam memimpin JBALB Sarawak, sesi sebegini merupakan platform terbaik untuk beliau mengenali dengan lebih rapat warga kerja di setiap bahagian.