picture

News

 

MAJLIS AMANAT MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK TAHUN 2024

Posted on 30 Jan 2024
Source of News: JBALB HQ
MAJLIS AMANAT MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK TAHUN 2024

Majlis Amanat YB Dato Sri Hj Julaihi Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah diadakan pada 30hb Januari 2024 bertempat di Imperial Hotel Kuching.



Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak turut menghadiri majlis ini bersama 20 pegawai yang lain.



Pada majlis ini, selain mendengar amanat YB Menteri yang memberi fokus kepada strategi pihak kementerian pada tahun ini untuk menambahbaik perkhidmatan bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan gas kepada rakyat Sarawak, Annual Plan 2024 turut dilancarkan.

Di bawah Annual Plan 2024, sebanyak 59 program dan aktiviti akan dilaksanakan termasuk yang melibatkan JBALB Sarawak dalam meneruskan kesinambungan memberi perkhidmatan bekalan air yang terbaik untuk rakyat Sarawak.