PROGRAM LAWATAN & KAJIAN DUE DILIGENCE KE OPERATOR AIR DI SARAWAK BAGI PEMBANGUNAN SISTEM DIPAN SMI
Pada 24 hingga 25 April 2024, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan perunding projek MAP2U Sdn Bhd telah melakukan program lawatan dan kajian due dilligence bagi sistem DIPAN SMI ke JBALB Sarawak. JBALB adalah antara agensi operator air untuk dilawati dari pihak kementerian bersama agensi pelaksana.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan kajian due diligence dalam proses pengumpulan dan penyimpanan data serta pengintegrasian sistem dari pihak operator air di Sarawak.
Pada masa lawatan tersebut, taklimat ringkas berkenaan dengan sistem pengoperasian transformasi digital bekalan air telah disampaikan oleh Encik Anwarul Adzizi Adeni , Ketua Penolong Pengarah (Transformasi Digital) kepada rombongan yang hadir.