Event

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK BERSAMA AGENSI-AGENSI

21 Apr 2024 - 21 Apr 2024, Borneo Convention Centre Kuching
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK BERSAMA AGENSI-AGENSI

Pihak kementerian bersama agensi-agensi iaitu JBALB, KWB, SWB, LAKU Management Sdn. Bhd, Sarawak Energy, SDEC, SMA dan Petros telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 21hb April 2024 bersamaan 12 Syawal 1445H bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching.

YB Dato Sri Haji Julaihi Bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama kedua-dua timbalannya iaitu YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi dan Datuk Liwan Lagang serta semua ketua jabatan/agensi selaku tuan rumah telah menyambut ketibaan tetamu-tetamu kenamaan serta orang awam bermula jam 10.00 pagi.

Yang Berusaha Tuan Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak bersama pasukan pengurusan tertinggi turut sama hadir bagi menyambut ketibaan pengunjung.
Pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian serta bermukum/bernopeng juga turut disajikan kepada para pengunjung yang hadir.