picture

Event

 

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2024 BAGI ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM ASIA (PUBLIC SERVICE INNOVATION ASIA - PSIA)

27 Feb 2024 - 08 Mar 2024, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur
PROTEMP Exhibition and Conferences
PAMERAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2024 BAGI ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM ASIA (PUBLIC SERVICE INNOVATION ASIA - PSIA)

Pada 22-24 Februari 2024, dua kumpulan mewakili JBALB Sarawak iaitu Kumpulan Aquality dan Kumpulan The Water Group telah menyertai pameran Malaysia Technology Expo (MTE 2024) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Tujuan pameran diadakan adalah untuk pengiktirafan kepada organisasi yang mempunyai sumbangan dalam inovasi dan penyelidikan. Dalam masa yang sama, anugerah akan diberi kepada pencapaian kreatif yang membawa kepada pentadbiran awam yang lebih efektif. 

Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak turut hadir bersama bagi memberi sokongan kepada kumpulan JBALB yang menyertai sepanjang tempoh pameran tersebut..

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan The Water Group yang telah memenangi anugerah "Special Award - An Outstanding Public Service Innovation" dan "Gold Award - Public Service Innovation" , manakala Kumpulan Aquality telah memenangi anugerah "Silver Award - Public Service Innovation"