picture

News

 

Majlis Apresiasi JBALB 2021

Posted on 21 Feb 2023
Source of News: JBALB HQ
Majlis Apresiasi JBALB bersama tetamu kehormat YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 17 Februari 2023 bertempat di Pullman Hotel, Kuching.
Majlis tersebut diadakan bersempena meraikan serta memberi penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 kepada 123 penerima pegawai dan kakitangan. Penghargaan juga diberi kepada 53 orang pesara dan 4 orang warga yang berpindah tempat bertugas.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti)), YB Datuk Liwan Lagang (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi)), YBrs. Encik Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, YBrs. Ir Chang Kuet Shian
(Pengarah JBALB Sarawak), ketua-ketua jabatan, serta kakitangan JBALB.