picture

News

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) ke projek bekalan air di Daerah Gedong dan Simunjan

Posted on 27 Oct 2022
Source of News: JBALB Samarahan

YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) telah melakukan lawatan kerja ke projek bekalan air di Daerah Gedong dan Simunjan pada 25.10.2022 (Selasa).
Tuan Haji Tamida Da'adi, Jurutera Air Bahagian Samarahan telah memberikan taklimat berkenaan perkembangan terkini projek bekalan air yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak JBALB.
YB Datuk telah melawat tapak projek Tangki Aras Tinggi Lubuk Punggur, Tangki Atas Tinggi dan Stesen Pam Penggalak Sungai Buloh, dan Loji Rawatan Air Simunjan.
Bagi memastikan penduduk-penduduk di kawasan ini menikmati bekalan air bersih yang lebih baik dan berterusan, 3 projek berimpak besar telah dan sedang dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pembinaan saluran paip baharu, pembinaan Tangki Aras Tinggi, pembinaan Stesen Pam Penggalak, serta penggantian saluran paip lama untuk mewujudkan Sistem Grid Bekalan Air yang lebih bersepadu. Daripada 3 projek ini, 1 projek telah siap, manakala 2 lagi projek masih lagi dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada suku ke-4 tahun 2023.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Tuan Awla Dris (ADUN Simunjan), Ir Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB Sarawak), Puan Rodziah Mohamad (Pengurus Besar LAK), Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Ketua-ketua Jabatan serta pemimpin masyarakat tempatan.