picture

Event

 

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SARAWAK KE SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)

27 Feb 2024 - 27 Feb 2024, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara HQ
SPAN
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SARAWAK KE SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)

Pada 27 Februari 2024, delegasi Sarawak yang diketuai oleh Yang Berusaha Datu Hasmawati Sepawi, Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak turut menyertai kunjungan hormat tersebut bersama wakil Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi-agensi bekalan air Sarawak yang lain.

Satu Sesi taklimat daripada Yang Berusaha Puan Izan Aziati Samsuri, Pengarah Kanan (Bahagian Pelesenan dan Tarif - SPAN) turut diadakan kepada para delegasi Sarawak yang hadir.