picture

Event

 

MAJLIS AMANAT PENGARAH 2024

02 Feb 2024 - 02 Feb 2024, Imperial Hotel, Kuching
JBALB HQ
MAJLIS AMANAT PENGARAH 2024

Majlis Amanat Pengarah Tahun 2024 telah diadakan pada 2 Februari 2024  bertempat di Imperial Hotel Kuching.

Majlis ini telah diadakan secara hybrid (fizikal/zoom) yang melibatkan semua warga kerja JBALB di seluruh Sarawak

Ini merupakan amanat sulung oleh Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan selaku Pengarah JBALB Sarawak sejak beliau menjawat jawatan tersebut pada 2hb Januari 2024 yang lalu.

Acara ini sangat penting dan signifikan bagi Tuan Pengarah untuk menerangkan hala tuju dan fokus beliau pada tahun 2024 agar seluruh warga kerja memahami serta melaksanakan segala agenda yang beliau inginkan demi menambahbaik perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Sarawak.

Di samping itu, JBALB Technical Guidelines turut dilancarkan secara rasmi pada majlis tersebut, sebuah dokumen penting bagi rujukan pihak jabatan.

Sesi menandatangani Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) juga turut diadakan pada majlis tersebut.

Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah Teknikal) dan Ts. Ahmad Selihin Che Said (Timbalan Pengarah Operasi).