picture

News

 

Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2, Bahagian Sibu

Posted on 11 Aug 2023
Source of News: JBALB Sibu
Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2, Bahagian Sibu yang telah diadakan pada pagi tadi 06 Ogos 2023.
Taklimat berkenaan dengan projek tersebut telah disampaikan oleh Ir Chang Kuet Shian, Pengarah JBALB Sarawak.

Keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana terhadap isu bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Daerah Kanowit, kawasan Nibong Tada, Machan dan Sibu Jaya, Bahagian Sibu telah dizahirkan melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi di bawah program Projek Rakyat iaitu Projek "Proposed Water Supply Kanowit Phase 2 (Stage 2) Sibu Division – Proposed Pipeline From Salim Water Treatment Plant, Sibu Water Board To Kanowit, Sibu Division".

Projek yang kini sedang giat dilaksanakan telah siap sebanyak 76% dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2024.
Projek ini akan juga dapat membantu mengurangkan isu bekalan air terawat di kawasan Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya.