picture

News

 

Kejohanan Badminton Tertutup JBALB Sarawak

Posted on 06 Feb 2024
Source of News: RUWAS
Kejohanan Badminton Tertutup JBALB Sarawak anjuran Kelab RUWAS JBALB Bahagian Sri Aman telah berlangsung pada 03 Februari 2024 bertempat di Dewan IPD Sri Aman yang menyaksikan penyertaan hampir ke semua pasukan pejabat JBALB Bahagian. 



Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak sempat meluangkan masa beliau untuk hadir dan menyaksikan perlawanan akhir di antara pasukan JBALB Kapit dan JBALB Samarahan. Kehadiran Tuan Pengarah sudah tentunya menyuntik semangat para pemain yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. 



Tahniah kepada pasukan JBALB Bahagian Samarahan yang telah menjuarai kejohanan pada kali ini apabila berjaya menumpaskan pasukan JBALB Bahagian Kapit pada perlawanan akhir. 

Manakala pasukan JBALB Bahagian Sri Aman telah memenangi tempat ketiga apabila berjaya mengalahkan pasukan JBALB Bahagian Kuching.

Tuan Pengarah turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 

Tahniah sekali lagi kepada Kelab RUWAS JBALB Sri Aman di atas penganjuran yang cemerlang!