picture

Event

 

MESYUARAT PEGAWAI/KAKITANGAN BERSAMA PENGARAH JBALB

19 Feb 2024 - 19 Feb 2024, Citadines Uplands Hotel Kuching
JBALB HQ
MESYUARAT PEGAWAI/KAKITANGAN BERSAMA PENGARAH JBALB

Mesyuarat Pegawai/Kakitangan bersama Tuan Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah diadakan pada 19 Februari 2024 (Isnin) bertempat di Citadines Hotel Kuching.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan serta memaklumkan perkembangan terkini jabatan terutama berkenaan Carta Operasi , struktur terbaru jabatan, hal-hal penambahbaikan urus tadbir dan tatakelola jabatan serta sesi libat urus bersama kakitangan JBALB.

Ini merupakan Sesi Libat Urus kesembilan Tuan Pengarah bersama kakitangan JBALB seluruh Sarawak sejak beliau menjawat jawatan tersebut pada 2hb Januari 2024 yang lalu.

Majlis sambutan perayaan tahun baru cina juga turut diadakan bagi meraikan warga kerja yang berbangsa cina.

Seramai 170 kakitangan Ibu Pejabat JBALB termasuk Jurutera Air Bahagian JBALB turut menghadiri mesyuarat tersebut.