picture

Event

 

Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Kampung Selangking

12 Apr 2023 - 12 Apr 2023, Kampung Selangking, Daerah Simunjan
JBALB Samarahan, MUT
Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Kampung Selangking, Daerah Simunjan, Bahagian Samarahan pada petang tadi 12 April 2023 (Rabu).
Taklimat ringkas berkenaan dengan situasi bekalan air di kawasan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Tamida bin Da'adi yang juga Jurutera Air JBALB Bahagian Samarahan bertempat di Kampung Sabun, Simunjan.
Setelah selesai taklimat ringkas, rombongan YB Menteri telah berangkat ke Masjid Darul Khursiah bagi menyampaikan simbolik penyaluran bekalan air terawat serta program gagihan bubur lambuk dan kurma kepada penduduk setempat.
Turut hadir bersama lawatan kerja tersebut adalah YB Puan Rodiyah Sapiee (Ahli Parlimen P200 Batang Sadong), YB Encik Awla Dris (ADUN N25 Simunjan), YBrs. Encik Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), YBrs. Encik Mohamad Irwan Bin Bahari Bujang (Pemangku Residen Bahagian Samarahan), YBrs. Encik Seroji Bin Ludin (Pegawai Daerah Simunjan), Ir Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB), ketua-ketua jabatan serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.