picture

Event

 

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod yang Efektif dan Lawatan ke Pusat Repositori Pustaka Sarawak

03 Oct 2023 - 05 Oct 2023, The Waterfront Hotel, Kuching dan Pusat Repositori Sarawak
JBALB HRD Administration
Kursus Pengurusan Fail dan Rekod yang Efektif dan Lawatan ke Pusat Repositori Pustaka Sarawak anjuran Seksyen Pentadbiran (Cawangan Sumber Manusia) telah diadakan selama 3 hari bermula 3 hingga 5 Oktober 2023 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching dan Pusat Repositori Sarawak.
Tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk mempelajari Tatacara Pengurusan Fail/Rekod, Mewujudkan Buku Klasifikasi Fail Rasmi dan proses membuat pemindahan dan pelupusan rekod rasmi Jabatan.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah kursus, Puan Nor Diana Binti Nawawi (Pegawai Pustaka Negeri Sarawak), serta penceramah lawatan, Encik Mohamad Aizat Bin Ajis & Dorithy Dela Anak Lawrence dalam menjayakan program tersebut.