LAWATAN KERJA DAN SESI LIBAT URUS PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA WARGA KERJA JBALB BAHAGIAN SIBU
Yang Berusaha Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Pejabat JBALB Bahagian Sibu serta Loji Rawatan Air Kanowit Fasa 2 pada 16 Februari 2024.
Turut hadir bersama beliau ialah Encik Awang Ariffin bin Awang Bujang (Pengurus Wilayah Tengah), Encik Robert Heng (Penolong Pengurus Wilayah Tengah), dan Encik Anwarul Adzizi bin Adeni (Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat dan Pendigitalan).
Kehadiran beliau telah disambut oleh Puan Afiza binti Morshidi, Jurutera Air Bahagian Sibu serta seluruh warga kerja JBALB Bahagian Sibu.
Ini merupakan sesi libat urus kelapan oleh Tuan Pengarah bersama pejabat JBALB Bahagian semenjak diamanahkan untuk menerajui JBALB Sarawak bagi beliau mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh warga kerja JBALB Bahagian.
Di samping menerangkan hala tuju beliau di dalam memimpin JBALB Sarawak, sesi sebegini merupakan platform terbaik untuk beliau mengenali dengan lebih rapat warga kerja di setiap bahagian.
Terdahulu beliau melakukan lawatan ke tapak Projek Kanowit Fasa 2 di Jalan Durin dan Bukoi Jagoi bagi meninjau perkembangan terkini projek berkenaan.