picture

Event

 

Jerayawara Pendigitalan JBALB Digitalization Roadshow Siri 3/2023

15 Aug 2023 - 17 Aug 2023, Tanahmas Hotel Sibu
JBALB CCD
Program Jerayawara Pendigitalan JBALB Digitalization Roadshow Siri 3/2023 selama 3 hari telah diadakan pada 15 hingga 17 Ogos 2023 bertempat di Tanahmas Hotel, Sibu.
Program jerayawara ini telah melibatkan peserta-peserta dari kakitangan JBALB Bahagian Sibu, JBALB Bahagian Sarikei, JBALB Bahagian Kapit, dan JBALB Bahagian Betong.
Objektif jerayawara yang diadakan pada julung kali adalah untuk memberi kesedaran tentang kewujudan pelbagai sistem dan aplikasi e-kerajaan Sarawak sedia ada , serta latihan kepada 'refresher' bagi penggunaan sistem, aplikasi dan teknologi Pendigitalan yang dilaksanakan di JBALB.
Jerayawara ini juga dapat meningkatkan dan menambahbaik pengetahuan dan kemahiran terhadap sistem, aplikasi serta teknologi ICT dengan mengurangkan pemisahan pendigitalan dalam kalangan kakitangan JBALB.