picture

Event

 

Majlis Berbuka Puasa untuk kakitangan Ibu Pejabat JBALB

26 Apr 2022 - 26 Apr 2022, Borneo Convention Centre Kuching
RUWAS Club
Kelab RUWAS Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk kakitangan Ibu Pejabat JBALB Sarawak bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Kuching pada 26 April 2022 (Selasa).
YBhg Ir Chang Kuet Shian, Pengarah JBALB Sarawak telah sudi hadir meluangkan masa bersama keluarga beliau pada majlis tersebut.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Thomas Lucas Santang, Timbalan Pengarah (Pengurusan & Teknikal); Encik Ahmad Selihin Bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi); dan Puan Dianne Andrew Jau, Presiden Kelab RUWAS.