PENYERTAAN JBALB SARAWAK DALAM LIBAT URUS MUT 2026: MEMPERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DEMI RAKYAT
Program Libat Urus Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2026 diteruskan hari ini bagi Zon Tengah yang melibatkan Bahagian Sibu, Sarikei, Mukah dan Kapit serta Zon Utara yang melibatkan Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang, bertempat di Imperial Hotel Kuching.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) telah menyertai program tersebut anjuran Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) sejak bermula pada hari pertama, 11 Ogos 2026 yang lalu untuk Zon Selatan (Kuching, Serian, Sri Aman, Betong), turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, Setiausaha-Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak serta wakil Pejabat Residen.
Program yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, menghimpunkan wakil-wakil daripada pelbagai agensi utiliti bagi berkongsi perkembangan, memperjelas isu serta mendapatkan maklum balas secara terus daripada para peserta.
Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak telah menyampaikan taklimat berkaitan bekalan air, dan turut disusuli dengan sesi soal jawab, membuka ruang interaksi dua hala bagi membincangkan perkara berkaitan penyampaian perkhidmatan bekalan air.
Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah barisan pengurusan tertinggi JBALB serta Jurutera-Jurutera Air Bahagian daripada Zon Tengah dan Zon Utara.
Bagi JBALB Sarawak, sesi libat urus seperti ini merupakan platform penting untuk mendengar, memahami dan bertindak terhadap keperluan serta maklum balas di lapangan, selaras dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Sarawak.
JBALB Sarawak kekal komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, berkesan dan responsif demi rakyat Sarawak.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak is a department under the purview of Ministry of Utility & Telecommunication Sarawak (formerly known as Ministry of Utilities and Ministry of Public Utilities). JBALB was enforced on 1 August 2015 and started to operate fully on 19 April 2016. JBALB Sarawak is entrusted with the responsibilities of taking over Jabatan Kerja Raya (JKR) in managing and improving water supply system especially in suburban and rural areas of Sarawak to resolve water supply issues in those areas.
The establishment of JBALB Sarawak as a new agency under the Sarawak Government is a significant move in achieving the department’s vision of full water supply coverage in rural areas of Sarawak by 2030 and the mission of the department is to supply safe reliable water supply to people living in rural areas of Sarawak. READ MORE
Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Sistem Grid Air kini sedang giat dijalankan dalam usaha Kerajaan Sarawak membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh penduduk wilayah ini.
Pelan Induk Bekalan Air Dan Grid Air Sarawak menggariskan perancangan yang holistik bagi meluaskan liputan serta keterjaminan bekalan air di Sarawak untuk jangka masa panjang.