PENDUDUK KAMPUNG SAGU, DAERAH SEBUYAU KINI MENERIMA BEKALAN AIR BERSIH DENGAN PROJEK SAMBUNGAN PAIP
22 Sep 2026 - 22 Sep 2026,
Dewan Kampung Sagu Sebuyau
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
PENDUDUK KAMPUNG SAGU, DAERAH SEBUYAU KINI MENERIMA BEKALAN AIR BERSIH DENGAN PROJEK SAMBUNGAN PAIP
YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah merasmikan Sambungan Paip ke Kampung Sagu Sebuyau bersempena dengan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Perasmian Paip, Dewan dan Padang Futsal pada 22 September 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Kampung Sagu Sebuyau.
Taklimat berkenaan projek sambungan paip tersebut telah disampaikan oleh Ts. Adzahari bin Baini, Jurutera Air Bahagian Samarahan kepada YB Menteri.
Turut hadir bersama ialah Encik Ayuradiman Bin Bujang (Pegawai Daerah Sebuyau), Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah (Ketua Penolong Pengarah - Pengagihan & NRW), ketua kaum, ketua masyarakat di kampung tersebut.
Pelaksanaan projek menaiktaraf Saluran Paip ke Kampung Sago di Daerah Sebuyau, Bahagian Samarahan kini telah beroperasi sepenuhnya hasil komitmen berterusan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana.
Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak bernilai sekitar RM1.7 Juta yang mula dilaksanakan pada bulan Mei 2025 dan telah siap sepenuhnya pada bulan Februari 2026. Skop projek ini melibatkan pembinaan Sambungan Paip ke Kampung Sagu sepanjang 6.2km.
#kampungsagu #sambungan paip #sebuyau
For more information, please visit
here